Monday, January 24, 2011

ketahuilah...

duhai kasih..
pernah aku katakan padamu bahawa aku ingin melupai dirimu...
pernah aku kata aku sudah melupakan mu...
pernah aku menyakiti hatimu....
namun ketahuilah..
hati dan fikiran ini sentiasa menginginkanmu...
 cinta dan sayang ini x pernah berubah..
mahu pown berkurang...

duhai kasih...
dari jauh ku lihat dirimu....
melihat senyum manismu...
mendengar gelak tawamu...
melihat gelagat manjamu...
ketahuilah...
senyuman terukir diwajahku melihat kebahagiaanmu...
namun pernah jua hati kecil ini berkata...
alangkah bahagia diri ini jika kamu tersenyum untukku..
walaupun untuk sekali..

duhai kasih...
pernah di suatu saat aku melihat dirimu...
terdiam di satu sudut...
ku lihat wajah murammu...
tiada seri lagi...
ketahuilah bahawa aku yg melihat dari jauh...
ingin sekali membuatmu tertawa dan tersenyum kembali...
jgnlah kamu bersedih kerna ia sgt menyakitkan hatiku...

duhai kasih....
aku umpamakan dirimu seperti seorang puteri yg jelita bak bidadari....
pastinya kamu sgt berharga...
dan yg akan memilikimu ialah putera kacak yg hanya layak untukmu...
dan kamu tahu bahawa setiap yg berharga pasti ada yg menjaganya...
seperti seorang pengawal  yg gagah perkasa....
maka ketahuilah...
keduanya sgtt menyayangimu...
namun hanya seorang yg memiliki manakala seorg lagi menjagamu....
sesungguhnya...
aku hanya layak tok menjadi pengawal itu...
yg mengorbankan seluruh jiwa dan hidupnya untukmu...

duhai kasih...
ketahuilah...
aku sgtt bimbangi dirimu..
aku sgtt menyayangimu..
aku mahu kamu bahagia...
aku mahu kamu selamat...
walau aku menjadi korban...

<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3

No comments:

Post a Comment